Sunday, January 23, 2011

RabiulAwwal

Aku telah menghadiri mesyuarat mengenai sambutan Maulidul Rasul baru-baru ini. Walaupun majlis sambutan akan di adakan lama lagi lebih kurang sebulan, pihak jawatankuasa telah bertindak awal untuk persiapan.

Sebenarnya aku mula-mula nak judulkan keluaran ini dengan nama lain yang lebih mirip kepada sambutan tersebut tetapi setelah aku baca artikel dalam internet aku kurang pasti samada sambutan ini patut diteruskan atau tidak.

Tarikh lahir Nabi S.A.W. pun tidak ada yang betul-betul confirmed, samada 9 atau 12 RabiulAwwal. Ini pada anggapan saya agak mengelirukan umat Islam. Masakan tarikh lahir pun ada dua pendapat. Aku berfikir sekiranya para Sahabat Nabi pernah menyamput kelahiran Nabi dengan sambutan/perarakan masakan tarikh ada dua.

Aku terus lagi pencarian aku tentang sejarah sambutan Maulid ini. Rupa-rupanya memang tidak ada Sahabat yang sambut. Hanya pada tahun 604 Hijrah ada seorang Raja memulakannya.
Jadi memang tepatlah kita hanya jadi pak turut. Tiada hadis yang sahih yang boleh disandarkan kepada sambutan Maulid ini. Majlis ini hanya meriah dikalangan Syiah dan kita jadi pak turut.

Aku bandingkan dengan ugama lain seperti Nasrani dan Yahudi. Nasrani hanya sambut kelahiran Nabi Isa berdasarkan kepada pengaruh Rom. Mereka pun tidak tahu tarikh lahir Nabi Isa. Sambutan ini merupakan budaya jahiliah yang dipopularkan oleh Rom. Masyarakat Nasrani awal pun tidak buat sambutan harijadi.

Orang Nasrani waktu ini menyambutnya dengan acara yang berunsur maksiat - campuran lelaki dan perempuan. Menari, menyanyi dan mabuk.

Jadi aku berpendapat jika kita teruskan sambutan ini besar kemungkinan kita akan jadi macam orang-orang Nasrani.

Kita perlu senantiasa balik rujuk kepada Al-Quran dan Hadis untuk memasti perkara begini tidak berlaku. Rakyat Malaysia hanya bersemangat pada hari "Maulid/Maulud" yang tak pasti tarikhnya, dengan perarakan dan majlis, di mana lelaki dan perempuan bercampur. Selepas itu mereka terus lupa kepada ajaran Nabi Muhammad S.A.W. dengan aktiviti yang melalaikan dan bertentangan dengan shariah Islam.

Kita perlu kaji seerah Nabi untuk jadikan panduan hidup sehingga akhir hayat kita. Jangan kita jadi pak turut dengan amalan budaya jahiliah.



Monday, January 17, 2011

Kanak-kanak


Zaman kanak-kanak merupakan waktu yang penuh dengan keriangan dan keseronakan. Baru-baru ini saya berpeluang balik ke Kuala Pilah dan menziarahi saudara sepupu isteri. Anak-anak dia semua masih kecil dan tidak boleh duduk diam terutama waktu cuti sekolah. Setiap hari, pagi atau petang mereka akan berlari mengunjungi taman kanak-kanak yang baru disiapkan berhampiran rumah mereka.
Mereka akan bermain dengan semua jenis permainan yang ada di situ. Ketika saya di situ, saya dapati keadaan taman itu tidak begitu siap lagi. Kanak-kanak mungkin cendera jika jatuh di kawasan yang masih penuh dengan tanah merah dan batu. Tetapi kanak-kanak ini tidak hiraukannya kerana begitu riang bermain.
Di Malaysia, taman permainan kanak-kanak memang diperlukan untuk anak-anak beriadah dan bersukan. Tetapi bukan semua taman perumahan mempunyai taman permainan yang secukupnya untuk mereka. Ini perlu diambil berat oleh semua pihak kerajaan tempatan.

Wednesday, December 22, 2010

PRU 2011

Ramai orang meramalkan bahawa PRU akan diadakan tahun 2011. Hanya bulan tak tahu lagi. Ada kata secepat-cepat bulan Mac.
Di BTR, banyak perubahan telah berlaku. Dulu Zulkifli Nordin selalu datang ceramah politik di Surau Asy-Syakirin tetapi sekarang tidak lagi. Dulu dia fitnah pemimpin UMNO. Sekarang dia fitnah pemimpin Keadilan pulak. Mungkin dia nak jadi calon BN pada PRU akan datang. Mula dia ahli UMNO, lepas tu masuk PAS, kemudian PKR, sekarang Bebas.
Rakyat BTR memang kenal Zulkifli Nordin.

Friday, April 11, 2008

Masalah Rakyat - Tan Sri KSN

Baru-baru ini aku ada terbaca tentang rungutan setinggan. Berita itu mengatakan tempat tinggal mereka kena roboh sebab mereka sokong parti lain. Apa masyarakat di tempat itu buat? Takkan tengok saja.
Baru-baru in aku hadiri satu perjumpaan oleh satu Kementerian di Putrajaya. Tan Sri KSN telah memberi ucapan yang begitu semangat - bercerita tentang kesusahan beliau semasa kecil ketika hendak sekolah dan seterusnya tentang masalah orang kampong yang berurusan dengan pejabat kerajaan. Beliau tidak mahu perkara atau masalah itu berulang di zaman serba laju (internet). Beliau memberi contoh kepada kakitangan kerajaan tentang tindakan menulis minit boleh dibuat dalam beberapa jam saja dan terus hantar kepada ahli mesyuarat hari itu juga. Ini kata beliau boleh diambil tindakan oleh kakitangan secepat mungkin tidak tunggu sampai hunjung tahun sebelum mesyuarat baru terkial-kial hendak ambil tindakan.
Aku harap mereka yang ditindas oleh Majlis Tempatan boleh adukan masalah mereka menggunakan SMS kepada Tan Sri KSN. Tengok samada beliau cakap saja atau betul-betul telus.

Friday, April 04, 2008

YB Zulkifli Nordin



YB dari Kulim ini telah datang semula ke Madrasah Asy-Syakirin untuk memberi kuliah bulanannya. Beliau mengupas kemenangan Islam sejak zaman Rasullah hingga kini. Jika kita masih beriman dengan Allah dan semua amal kita hanya untuk DIA sudah pasti kita boleh berjaya dalam apa saja tugas kita. Beliau juga mengambil contoh tentang selawat yang kita berikan kepada Nabi SAW setiap hari. Kalau kita hitung bebillion-billion selawat dinyatakan kepada Nabi SAW setiap hari. Tidak ada manusia selain Nabi SAW yang mendapat doa dari umat baginda sedemikian rupa.
Mukmim mesti berusaha untuk beribadat secara ikhlas hanya untuk Allah. Jika kita buat sesuatu amal untuk menyanjung manusia atau untuk sesuatu kumpulan kita hanya mendapat kejayaan palsu yang akan hilang apabila manusia atau kumpulan itu diganti oleh Allah dengan yang lain. Kita boleh cuba menipu manusia tetapi yang menentukan hanyalah Allah.
YB telah mengambil contoh apa yang terjadi semasa pilihanraya yang lalu. Beliau tidak sangka akan menang kalau dikaji tentang kekuatan calon BN yang beliau hadapi. Tetapi dengan kuasa Allah semua perancangan manusia boleh digagalkan. Beliau mendapat undi yang tidak disangka-sangka walaupun kempen oleh parti beliau tidaklah begitu menonjol. Menurut beliau, Parti Keadilan telah menghantar beliau untuk bertanding di situ bukan atas pilihan beliau sendiri. Itu semua adalah kehendak takdir Allah.