Friday, April 04, 2008

YB Zulkifli Nordin



YB dari Kulim ini telah datang semula ke Madrasah Asy-Syakirin untuk memberi kuliah bulanannya. Beliau mengupas kemenangan Islam sejak zaman Rasullah hingga kini. Jika kita masih beriman dengan Allah dan semua amal kita hanya untuk DIA sudah pasti kita boleh berjaya dalam apa saja tugas kita. Beliau juga mengambil contoh tentang selawat yang kita berikan kepada Nabi SAW setiap hari. Kalau kita hitung bebillion-billion selawat dinyatakan kepada Nabi SAW setiap hari. Tidak ada manusia selain Nabi SAW yang mendapat doa dari umat baginda sedemikian rupa.
Mukmim mesti berusaha untuk beribadat secara ikhlas hanya untuk Allah. Jika kita buat sesuatu amal untuk menyanjung manusia atau untuk sesuatu kumpulan kita hanya mendapat kejayaan palsu yang akan hilang apabila manusia atau kumpulan itu diganti oleh Allah dengan yang lain. Kita boleh cuba menipu manusia tetapi yang menentukan hanyalah Allah.
YB telah mengambil contoh apa yang terjadi semasa pilihanraya yang lalu. Beliau tidak sangka akan menang kalau dikaji tentang kekuatan calon BN yang beliau hadapi. Tetapi dengan kuasa Allah semua perancangan manusia boleh digagalkan. Beliau mendapat undi yang tidak disangka-sangka walaupun kempen oleh parti beliau tidaklah begitu menonjol. Menurut beliau, Parti Keadilan telah menghantar beliau untuk bertanding di situ bukan atas pilihan beliau sendiri. Itu semua adalah kehendak takdir Allah.

0 comments: