kita hanya sekadar pengembara yang berhenti sebentar untuk menikmati keindahan penciptaan yang terbentang luas di dunia ini
Saturday, March 15, 2008
Keadilan BTR
Baru balik membuat persiapan untuk mengalu-alukan Tan Sri Khalid yang akan datang esok. Ahli Keadilan dan penduduk setempat telah bergotong royong memasang khemah untuk majlis esok. Sdr Ramli mengetuai pasukan petugas dibantu oleh Persatuan Penduduk, AJK Madrasah Asy-Syakirin dan AJK Persatuan Kebajikan & Khairat Kematian Seri Kota. Madrasah Asy-Syakirin yang diketuai oleh Sdr Taib telah menyediakan khemah untuk majlis tersebut. Oleh kerana hari esok ada Majlis Walimatulurus seorang penduduk, ramai AJK Madrasah sibuk dengan persiapan untuk memasak. Madrasah hanya ada empat khemah yang boleh digunakan untuk sesuatu majlis. Madrasah bercadang untuk menambah empat lagi khemah untuk tujuan kemasyarakatan tetapi sampai hari ini tidak mendapat jawapan dari DBKL. Diharap Wakil Rakyat baru Tan Sri Khalid boleh membantu Madrasah untuk mendapatkan khemah tersebut kerana Wakil Rakyat BN yang lepas atau UMNO BTR tidak pernah ambil tahu tentang kebajikan Madrasah yang telah lama memberi khidmat kepada masyarakat Seri Kota.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment