Sebenarnya aku mula-mula nak judulkan keluaran ini dengan nama lain yang lebih mirip kepada sambutan tersebut tetapi setelah aku baca artikel dalam internet aku kurang pasti samada sambutan ini patut diteruskan atau tidak.
Tarikh lahir Nabi S.A.W. pun tidak ada yang betul-betul confirmed, samada 9 atau 12 RabiulAwwal. Ini pada anggapan saya agak mengelirukan umat Islam. Masakan tarikh lahir pun ada dua pendapat. Aku berfikir sekiranya para Sahabat Nabi pernah menyamput kelahiran Nabi dengan sambutan/perarakan masakan tarikh ada dua.
Aku terus lagi pencarian aku tentang sejarah sambutan Maulid ini. Rupa-rupanya memang tidak ada Sahabat yang sambut. Hanya pada tahun 604 Hijrah ada seorang Raja memulakannya.
Jadi memang tepatlah kita hanya jadi pak turut. Tiada hadis yang sahih yang boleh disandarkan kepada sambutan Maulid ini. Majlis ini hanya meriah dikalangan Syiah dan kita jadi pak turut.
Aku bandingkan dengan ugama lain seperti Nasrani dan Yahudi. Nasrani hanya sambut kelahiran Nabi Isa berdasarkan kepada pengaruh Rom. Mereka pun tidak tahu tarikh lahir Nabi Isa. Sambutan ini merupakan budaya jahiliah yang dipopularkan oleh Rom. Masyarakat Nasrani awal pun tidak buat sambutan harijadi.
Orang Nasrani waktu ini menyambutnya dengan acara yang berunsur maksiat - campuran lelaki dan perempuan. Menari, menyanyi dan mabuk.
Jadi aku berpendapat jika kita teruskan sambutan ini besar kemungkinan kita akan jadi macam orang-orang Nasrani.
Kita perlu senantiasa balik rujuk kepada Al-Quran dan Hadis untuk memasti perkara begini tidak berlaku. Rakyat Malaysia hanya bersemangat pada hari "Maulid/Maulud" yang tak pasti tarikhnya, dengan perarakan dan majlis, di mana lelaki dan perempuan bercampur. Selepas itu mereka terus lupa kepada ajaran Nabi Muhammad S.A.W. dengan aktiviti yang melalaikan dan bertentangan dengan shariah Islam.
Kita perlu kaji seerah Nabi untuk jadikan panduan hidup sehingga akhir hayat kita. Jangan kita jadi pak turut dengan amalan budaya jahiliah.
0 comments:
Post a Comment