Monday, January 17, 2011

Kanak-kanak


Zaman kanak-kanak merupakan waktu yang penuh dengan keriangan dan keseronakan. Baru-baru ini saya berpeluang balik ke Kuala Pilah dan menziarahi saudara sepupu isteri. Anak-anak dia semua masih kecil dan tidak boleh duduk diam terutama waktu cuti sekolah. Setiap hari, pagi atau petang mereka akan berlari mengunjungi taman kanak-kanak yang baru disiapkan berhampiran rumah mereka.
Mereka akan bermain dengan semua jenis permainan yang ada di situ. Ketika saya di situ, saya dapati keadaan taman itu tidak begitu siap lagi. Kanak-kanak mungkin cendera jika jatuh di kawasan yang masih penuh dengan tanah merah dan batu. Tetapi kanak-kanak ini tidak hiraukannya kerana begitu riang bermain.
Di Malaysia, taman permainan kanak-kanak memang diperlukan untuk anak-anak beriadah dan bersukan. Tetapi bukan semua taman perumahan mempunyai taman permainan yang secukupnya untuk mereka. Ini perlu diambil berat oleh semua pihak kerajaan tempatan.

0 comments: