Sebagai anak watan NS, aku tidak terkejut dengan dakwaan bahawa Isa Samad, bekas MB NS menggunakan wang untuk mendapat undi bagi pemilihan Naib Presiden UMNO tempoh hari. Cerita-cerita mengenai perangai buruk Isa telah lama aku dengar dari ahli UMNO sendiri yang rapat dengan aku. Walau bagaimanapun biarlah BPR menyoalsiasat kes ini dan bawa dia ke mahkamah untuk membuktikan kesalahan dia jika ada.
Kalau tidak apakah gunanya undang-undang yang digubal. Biarlah semua yang didakwa bersalah diadili dengan sistem yang sama. Kalau banyak sangat sistem keadilan nanti akan membuat masyarakat lebih keliru. UMNO perlu menunjukan kepada rakyat bahawa semua tidak kira pangkat diadili dengan saksama. Jika tidak rakyat akan mentertawakan pemimpin kerana tidak dapat bersikap tegas.
0 comments:
Post a Comment